1) Mana lebih penting, Melayu atau Cina?
2) Mana lebih penting Melayu atau India?
3) Mana lebih penting Cina atau India?
4) Mana lebih penting Melayu atau Islam?
Kita cuba menjawab soalan ini sesingkat dan seringkas mungkin tapi boleh difahami oleh siapa pun yg membacanya...
...
1) Dua-dua sama penting.
2) Dua-dua sama penting.
3) Dua-dua sama penting.
4) Melayu penting, Islam lebih penting.
Bangsa apa pun di dunia ini pada awalnya adalah sama penting. Ini kerana kita tidak dapat memilih mahu lahir dari bangsa apa... Dan sememangnya ALLAH yg mencipta kita dgn berbagai bangsa dan kaum agar kita saling kenal mengenal sehingga mungkin boleh bekerjasama dalam kebaikan.
Sehingga pada satu masa ada sesetengah bangsa yg mula dipandang lebih rendah darjatnya atau lebih hina dari yg lain. Ini terjadi mungkin disebabkan kesombongan kita sendiri atau atas kesilapan segelintir atau majoriti dari bangsa yg direndahkan tadi.
Justeru bagi kita yg ingin hidup lebih mulia, tidak ingin dihina dan tidak bersedia untuk direndahkan, adalah tidak wajar untuk memandah rendah terhadap bangsa lain. Siapa pun kita, tidak akan pernah menjadi lebih mulia dgn cara menghinakan org lain.
Kita akan lebih damai bila kita memahami bahawa semua bangsa adalah penting kerana semua bangsa adalah ciptaan Allah SWT.
4) Melayu penting, Islam lebih penting.
Melayu penting untuk urusan dunia sahaja.
Persoalan Islam akan dibawa ke kehidupan selepas mati. Di akhirat nanti apakah ALLAH akan bertanya persoalan bangsa???